23 June 2016

Review Tarantulah from Uvianhell696 blog

1.  Tarantulah -War Brutality cd - 7 April 2014

Melihat nama band ni agak kompius juga kan,namun jangan disalah tafsir pula, band ni berasal dari kuala lumpur,memainkan irama punk dan dicampurkan sedikit elemen metal. dan ini adalah demo kedua dari mereka,demo ni mengandungi 6 lagu yang begitu berat untuk didengar,haha.. lagu pertama war brutality memang cukup brutal,brutal kearah sound punk yang raw,aku cukup kagum dengan susunan lagu ni, ini bukan tarantulah yang aku dengar dalam demo pertama mereka dulu,muzik untuk demo ni cukup bagus dari segi lagu2 sound produksinya pun menepati apa yang aku harapkan,lagu kedua apa erti kita kawan,lagu ni memang layan,lagi hebat dari lagu pertama tadi,intro saja kau ni kawan jenis apa nak berkira dengan aku..hahaha..seperti aku cakap rentak lagu ni memang layan,mungkin kalau lagu ni dibawah secara live,kompom chaos dengan pelanggaran sesama sendiri. demokrasi itu dusta,lagu ketiga,dimulakan dengan intro dipetik dari filem tiga abdul,adengan semasa pembahagian harta selepas ayah mereka meninggal.. lagu ni seperti 2 lagu diatas tadi, lagu ni pun sama juga dengan irama punk yang menberontak,aku rasa lagu2 tarantulah ni memang ngam dipersembahkan secara live,terasa pula aku nak moshing bila mendengar lagu2 mereka ni,selepas lagu ni mereka meneruskan dengan lagu provakasi itu dusta. dan disambung dengan lagu hellbangers,tribute untuk budak2 klhellbangers,dan juga semualah hellbangers kat muka bumi ni.dan diakhiri dengan lagu mati hidup semula,dengan lagu terakhir ni,aku rumuskan demo ni memang terbaik dari tarantulah,tidak rugi pelaburan aku untuk support band ni,jika sesapa yang inginkan cd ni bleh berhubung dengan mereka,harga untuk cd ni rm15 siap poslaju.. dan untuk tarantulah teruskan perjuangan,satu lagi aku harap demo ni harapnya diriliskan semula dalam format .kaset,sebab bagi aku sound macam ni akan menyerlah kalau dalam format kaset hehe...

Sumber asal: http://uvianhell696.blogspot.my/2014/04/tarantulah-war-brutality.html

2. Tarantulah -War Brutality (Kaset)- Khamis, 20 November 2014

Versi kaset...
aku perna publishkan versi cdr kat blog ni, dan aku perna ngimpikan utk mendengarnya dalam format kaset, dan akhirnya aku memilikinya.. kaset ni aku dapat byhand dari vokalis band ni, masa gig klhb hari tu, beli sekali ngan patchesnya cantikkan..hehe

klu cdr tu aku tak berapa kerap mainkan sebabnya aku kurang mendapat feel bila dengar, walaupun lagu2 band tarantulah ni mudah dihadam namun begitu ianya tak tersenarai dalam playlist harian aku.. malam aku balik dari gig tu kan, aku terus pasang kaset ni, PERGH!!! dia punya feeling tu lain macam, wow aku ckp dalam hati, memang terbaik, 2 kali aku round sebelum aku tido, lepas tu sambung balik lagi esoknya, dan sekarang kaset ni masuk list pilihan didengar.. bayangkan ceman hebatnya versi kaset ni..

ohya label yang rilis ni pun aku selalu tgk banyak kaset2 lama dia riliskan balik ingatkan cincai punya label, rupanya, ianya mmg betul2 minat ngan kaset ni, kualiti terbaik... salute DIY DISTRO, nanti kita deal ok.

Sumber asal: http://uvianhell696.blogspot.my/2014/11/tarantulah-war-brutality.html

3. Tarantulah - Human's Suffer - 4 Mei 2015


salam semuanya.. haha, rasa macam sudah lama aku tak cerita rilisan baru dari lokal band, semenjak dua menjak ni asyik membeli rilisan lama2 saja, utk melengkapkan koleksi sedia ada. kali ni aku nak cerita pasal bungkusan yang mendarat khamis lepas klu tak silap aku hahaha. baru dapat menaip ni, cuti kan 3 hari membezikan diri dengan family, ngan tido lah memang best tido time2 cuti.
untuk cd ni, ni adalah demo ketiga band tarantulah, band ni aku dah cerita kat posting tahun lepas, demo kedua mereka yang judulnya war brutality tu. yang aku gembiranya aku dapat versi cd ngan tape sekali. haha dalam bungkusan ni pula aku dapat satu versi lain lagi utk demo kedua tu. hahaha thx man utk demo free tu.

dalam demo human suffer ni tarantulah menghidangkan 7 track 5 darinya adalah lagu baru manakalah 2 lagu rakamana semula, lagu viva la peace adalah lagu dari 1st demo yang punya sound baru, manakalah satu lagu cover sepultura troops of doom. seperti demo kedua mereka demo kali ni, mereka masih mengekalkan gaya sound dari demo kedua.
lagu2 baru tarantulah kali ni dimulakan dengan lagu human's suffer, disusuli dengan lagu kedua benefit contradiction, lagu2nya mudah diterima halwa telinga senang diproses. kira layan lah bagi telinga aku, ohya rasanya kalau nak pra dengar lagu2 dorang ni boleh g utube ja usaha kat sana, kalu masuk support. utk keseluruhan demo ketiga ni aku boleh katakan mereka sudah bersedia utk album penuh. dengan sound begini mereka layak dapat pujian dari aku yang tak seberapa tahu dalam hal muzik ni, apa yang aku tahu ianya menghiburkan aku. terbaik geng.

lagi satu nak cerita pasal dia punya bungkusan, pelik tapi sesuatu yang baru dalam koleksi aku, lihat pada gambar kat atas, ianya seperti buku, bila di buka cd tu menegak terus. hurm sempoi lah,ohya macam mini zine, lihatlah foto2 dalamnya tu, tiap lagu diceritakan apa maksud lagu tu ngan tuju ngan sapakan, band tarantulah ni dorang perkenalkan muzik mereka moderate metal punk.. campuran gaya metal ngan punk gitu.. nah apa tunggu lama support mereka ni. utk maklumat lanjut g link ni.....tarantulah blogs. hellyeah...

4.Tarantulah - Sekatan minda terseksa... kita didusta- 21 Jun 2016

haloha... ini ada cerita sikit pasal cd yang baru aku terima minggu lepas, utk info band ini memainkan irama metalpunk dan berasal dari kl. ini adalah demo ke 4 dari mereka, mengandungi 4 lagu baru, masih lagi mengekalkan bunyi dari demo2 yang lepas, terus terang aku cakap, pertama kali mendengarnya aku agak kacaw mungkin juga keletihan yang melampau melanda diri haha.. namun setelah di dengar berulang2 kali, aku dapat mengikuti rentak lagu2 dalam demo ke 4 ni.

 untuk lirik masih lagi mengekalkan penentangan pada politikus masa kini.. lihat saja pada tajuk2 lagunya.
 untuk keseluruhannya aku mengharapkan sound seperti demo war brutality, bagi aku sound dan lagu2 dalam demo ke 3 tu mantap sekali, untuk demo ke 4 ni aku berikan separuh saja, untuk menghadamnya perlukan masa, harapnya demo ni dirilis dalam fomat kaset, sound seperti ini mmg ngam sangat kalau dengar dlm kaset bagi selera aku lah haha.. nanti aku cerita pula di entri lain pasal discografi kaset tarantulah ni. utk maklutmat lanjut pasal band ni boleh lah cari mereka di facebook.. taip saja nama band ni dan juga nama man rabaxx aka sarip doll.

k bai..
 Sumber asal:http://uvianhell696.blogspot.my/2016/06/tarantulah-sekatan-minda-terseksa-kita.html