Tarikh - 10 Jun 2013
Tarantulah ditubuhkan di Kuala Lumpur pada tahun 2007 di mana Man Rabaxx
bertemu semula Silentt Shoutt dan Awe Donde selepas mereka menamatkan
pengajian di salah satu IPT di negeri Kedah. “Kami telah berbincang dan
bersepakat untuk menubuhkan sebuah band berdasarkan karya-karya sajak
dibuat oleh aku sekian lama dan pada masa yang sama tidak membiarkan
bakat-bakat line-up lain yang aktif dalam bidang seni (teater dan band)
semasa zaman pengajian mereka. Namun rancangan itu tertunda apabila aku
menyambung pengajian dan line-up lain berpindah tempat kerja menyebabkan
projek ini terbengkalai. Sehingga kami bertemu semula pada penghujung
2011 untuk menjadikan projek ini satu kenyataan. Peristiwa bersejarah
adalah lahirnya promo pertama kami yang merupakan titik permulaan
sebenar Tarantulah” kata Man Rabaxx selaku vokalis utama menceritakan
serba sedikit kisah dan sejarah penubuhan Tarantulah.
Line-up terkini Tarantulah adalah Man Rabaxx (vokal), Rusak Minda
(gitar), Silentt Shoutt (dram) dan dibantu oleh Rock Angel sebagai
pemuzik undangan di bahagian bass. Difahamkan anggota asalnya Awe Donde
(gitar) telah mengundurkan diri kerana tidak dapat memberikan komitmen
terhadap band.
Dari sudut muzikal, Man Rabaxx dilaporkan berkata Tarantulah adalah band
yang mengabungkan punk, crust, metal, thrash serta muzik-muzik yang
lain tanpa sebarang solo di dalam struktur muziknya. “Band ini selalu
dikatakan sebagai black/death jika didengar pada teknik vokal tetapi
sebenarnya lirik kami tidak menjurus kepada muzik tersebut. Band-band
yang mempengaruhi kami bersama ialah Sepultura (OLD), Parkinson, Dark
Throne, Rumble Militia, Metallica, Sodom, Motorhead dan lain-lain lagi”,
ujar Man Rabaxx mengenai definasi dan sumber inspirasi muzik
Tarantulah.
“Faktor-faktor persekitaran yang mempengaruhi kami termasuklah dari segi
kekangan masa didalam menggubah lagu secara bersama, kemahiran line-up
bermain alat muzik ditahap sederhana dan juga pengaruh-pengaruh muzik
yang kami dengar. Band Tarantulah bukanlah band yang menitikberatkan isu
teknikal dalam muzik kami”, tambah beliau dalam memberikan pandangannya
terhadap situasi dalaman band ini.
Tarantulah mengutamakan lirik terlebih dahulu kerana dari situ barulah
proses penciptaan lagu bermula. “Kesemua lirik-lirik dihasilkan daripada
aku (Man Rabaxx) manakala basic melodi akan disusun oleh Silent Shoutt
sebelum dipolish sekilat-kilatnya oleh Rusak Minda. Hahaha. Kualiti ini
terlalu subjektif sebenarnya. Bagi aku terpulang kepada apa yang band
itu mahukan kerana kita semua mempunyai naluri mendengar dan citarasa
yang berbeza. Jadi terpulang kepada citarasa halwa telinga masing-masing
kerana sesebuah kualiti lagu yang baik pada padangan band kadang-kadang
masih lagi tidak dapat memenuhi citarasa pada pandangan orang lain”,
maklum Man Rabaxx memperjelaskan proses penggubahan lagu serta
pendapatnya dalam penghasilan sesebuah lagu yang memiliki kualiti.
Man Rabaxx turut menyatakan bahawa subjek atau tema utama lirikal
Tarantulah adalah berkaitan dengan isu-isu yang berlaku di persekitaran
kita yang mungkin tiada noktahnya seperti kebangsatan pemimpin korup,
isu keamanan dunia yang semakin tak tenteram dan ketidakadilan
pemerintahan dalam menjalankan pentadbiran. “Penulisan lirik adalah
dengan penggunaan bahasa ringkas yang berbentuk sajak di mana ianya
berdasarkan dari pengalaman dan pembacaan. Mesej ini sampai atau tidak
terpulang pada pendengar. Salah satu sebab kenapa Tarantulah meletakkan
lirik di dalam cover demo Tarantulah adalah bertujuan untuk menyampaikan
apa mesej yang tersurat dan tersirat kepada pendengar selain dari
mereka dapat sing-along bersama. Hehehe!”, kata Man Rabaxx lagi.
DISKOGRAFI
2012 - Tarantulah Promo - Self Release
2012 - Mix Tape Free Acheh Punk Vol.3 - Bandung Pyrate Punk (Indonesia) - Online Compilation
2012 - Yang Penting Berisik Compilation - Noiseblastmedia Records (Indonesia)
2012 - 6 Way Split Chaotic Of Psycho Golden Triangle - D.I.Y Gila Babi Production (Malaysia)
Menampilkan Kudetor (Indonesia), Tussock (Malaysia) , Blood Soaked
Street Of Social Decay (Thailand), Kryast (Indonesia), Untha Attack
(Thailand) dan Tarantulah (Malaysia)
2012 - Kedamaian Jalan Hitam (Demo) - Trooper Art Regime Distro (Malaysia)
2013 - Kedamaian Jalan Hitam (Re-Release demo) - Evil Punk Records (Belarus)
2013 - Kedamaian Jalan Hitam (Re-release demo) - Fuck The Industry Record (Japan)
Tatkala diminta memberikan pendapat tentang isu KUANTITI atau KUALITI
dalam produksi metal underground, ini jawaban Man Rabaxx: “Isu kuantiti
dan kualiti juga terlalu umum kerana bergantung kepada pendapat
masing-masing. Bagi kami kuantiti tetap akan datang dulu sebelum
kualiti. Daripada banyak kuantiti kita akan memilih yang mana
berkualiti. Sebagai contoh lagu-lagu yang digubah tidak semuanya akan
direcord di mana kita akan memilih lagu-lagu tertentu sahaja untuk
direcord. Selebihnya mungkin akan diperbaiki dan akan direcordkan untuk
material akan datang”.
Rilisan mutakhir dari Tarantulah adalah demo “Kedamaian Jalan Hitam”.
Difahamkan rilisan ini merupakan asas rujukan bagi menentukan halatuju
muzik Tarantulah dan sebagai material rasmi untuk memperkenalkan band.
Buat masa ini bagi sesiapa yang mahu mendapatkan rilisan ini boleh
menghubungi label Evil Punk Records (Belarus) dan Fuck The Industry
(Japan). Rilisan asal daripada pihak Trooper Art Regime Distro
(Malaysia) sudah habis dijual. Dikhabarkan mungkin akan dirilis semula
tetapi bukan dalam masa terdekat ini.
“Memandangkan kesuntukan masa dan faktor line-up yang tinggal di negeri
yang berbeza amat membataskan kami untuk berlatih dan merekodkan lagu.
Kami berpuashati setakat ini apa yang dihasilkan namun tidak menafikan
banyak lagi kelemahan-kelemahan yang perlu diperbaiki terutama berkaitan
mixing. Memandangkan ianya rilisan sulung kami, jadi tiada perbandingan
yang dapat kami lakukan. Kami akan cuba bermeditasi sebaik mungkin
untuk material yang akan datang”, bicara Man Rabaxx memperkatakan
tentang tahap kepuasan pihak band sendiri terhadap rilisan demo
“Kedamaian Jalan Hitam” ini.
Bercakap mengenai penulisan lagu-lagu baru serta perancangan rilisan
yang akan datang, Man Rabaxx memberitahu bahawa penulisan lagu-lagu baru
masih dalam peringkat awal lagi. Rilisan-rilisan yang bakal dikeluarkan
belum ada judul yang rasmi tetapi ianya adalah split (Malaysia) dan
kompilasi (Sweden) yang jika tiada aral melintang akan diriliskan dalam
tahun ini juga. Bila sudah dikeluarkan dalam bentuk flyers yang rasmi
dan sahih baru Tarantulah akan sebarkan. “Harapan Tarantulah adalah
untuk berkarya selagi mampu ( tiada target setiap tahun mesti ada
rilisan ataupun menjadi band komersial) dan dapat menyebarkan
karya-karya kami di luar negara”, ujar Man Rabaxx merujuk kepada
harapannya tentang masa depan Tarantulah.
Sebagai kata terakhir dari Man Rabaxx yng turut mengakui bahawa hanya
Tarantulah satu-satunya band yang disertainya, beliau berpesan,
“Band-band underground perlu berkarya dengan hati yang jujur dan bebas
dari kongkongan sesiapapun kerana inilah band kita sendiri bukan band
orang lain. Dan kita tak boleh paksa orang lain untuk menyukai band
kita”
“Terima kasih kepada editor kerana sudi temuramah kami band yang baru
nak menapak. Diharap portal/blog ni dapat selongkar lagi band-band local
yang masih kurang dapat pendedahan. Contoh Hiding Fear (Thrash/Death),
Hellstorm (Black/Thrash Metal), Slaydeath (Death/Thrash), Mu-Aru
(Death/Black Metal) , Sindraz (Raw Black Metal), Nightwolf (Black
Metal/Punk), Kathgor (Death Metal), Vault (Thrash Metal), Atrocious (JB
Black Metal). A.B.M.S 696 (Bestial Black Metal JB), Saka (Raw Black
Metal), Triumph Ov Fire (Malacca Melodic Black Metal), Recidivist (Death
Metal) dan lain-lain lagi”, kata Man Rabaxx mengakhiri perbualan.
Rakaman dijalankan secara spontan di mana melodi dihasilkan semasa
proses rakaman berpandukan lirik terlebih dahulu. Kami tidak mempunyai
masa yang banyak untuk melakukan latihan terlebih dahulu sepertimana
band-band lain lakukan sebelum bersedia untuk memasuki studio. Jika
teknik ini dipraktikkan dalam rakaman studio penuh semestinya band akan
menanggung kos rakaman (berdasarkan jam) yang lebih tinggi. Tidak
relevan bagi band hanya mempunyai pendapatan cukup makan seperti kami.
Namun kami tidak mahu lagi mahu membuang masa seperti yang dahulu
(2007-2011) tanpa sebarang rilisan. Jadi kesinambungan band perlu diteruskan walaupun hanya rilisan dalam berbentuk demo.
6. TARANTULAH / PENGUASA ANJING / PKSGRIND - 3..2..1..DESTROY!!
Tarikh:
Sumber: http://ekstrim-info.blogspot.my/2013/06/profil-tarantulah.html
2. TARANTULAH - DEMO #2 "WAR BRUTALITY" BAKAL RILIS
Tarikh:26.02.2014
TARANTULAH yang lebih senang menggelarkan muzikal bawaan mereka sebagai
Moderate Metal Punk kini berada di landasan terbaik menghampiri rilisan
Demo Ke-2 mereka, diumumkan bakal berjudul "War Brutality". Kelahiran
demo ini berbekalkan enam buah lagu terbaharu ciptaan TARANTULAH,
dirakamkan antara September 2013 hingga Januari 2014. Senarai lagu
adalah seperti berikut:
01. War Brutality
02. Apa Erti Kita Kawan
03. Demokrasi Itu Dusta
04. Provokasi Hati Mati
05. Hellbangers (Tribute to KL Hellbangers)
06. Mati Hidup Semula
Menurut Man Rabaxx vokalis utama band 3-piece ini, proses rakaman telah
dijalankan di Seri Petaling, Kuala Lumpur. "4 buah lagu dirakam sekitar
September - Disember 2013 manakala 2 lagi yang terbaharu pada Januari
2014. Kaedah dan konsep rakaman masih lagi sebagaimana pendekatan yang
digunapakai dalam rilisan terdahulu iaitu DIY Home Studio tetapi kali
ini kami menitikberatkan kualiti bunyi yang lebih baik", kata beliau.
Selain Man Rabaxx, TARANTULAH turut dianggotai oleh Rusak Minda
(gitar/vokal) dan Silentt Shoutt (dram/vokal).
Menariknya, demo ini turut memuatkan sebuah lagu berjudul 'Hellbangers',
sebuah lagu penghormatan yang didedikasikan khas buat kelompok KL
Hellbangers. "War Brutality" dirancang untuk dikeluarkan dalam dua versi
berbeza; versi Malaysia sekitar Mac/April 2014 dan kemudiannya menyusul
versi luarnegara dijadualkan pada Jun/Julai 2014. Untuk versi pasaran
tempatan bakal dikendalikan oleh SISA TOXSICK PRODUCTION.
Selain daripada demo "War Brutality" ini, turut berada dalam perancangan
rilisan TARANTULAH di awal 2014 ini adalah penampilan dalam kompilasi
UNGOVERNABLE RESISTANCE (Filipina), FREEDOM PUNKER - IN GRIND WE PUNX -
VOL.1 dan juga Split CDR bersama PSYCHOTIC SUFFERANCE. Hubungi tarantulah2012@gmail.com untuk sebarang maklumat lanjut.
Sumber: http://ekstrim-info.blogspot.my/2014/02/tarantulah-demo2.html
3.TARANTULAH - "WAR BRUTALITY" DEMO 2014 [MALAYSIA EDITION]
Tarikh: 04.03.2014
Setelah diwar-warkan tentang bakal rilisnya demo kedua TARANTULAH,
akhirnya "War Brutality" dikeluarkan dan mula berada di pasaran
underground tempatan pada 2 Mac 2014. Demo CD ini dikeluarkan oleh SISA
TOXSICK PRODUCTION, menghidangkan 6 buah lagu-lagu baru berkonsepkan
Moderate Metal Punk dari TARANTULAH, disenaraikan seperti berikut:
01. War Brutality
02. Apa Erti Kita Kawan
03. Demokrasi Itu Dusta
04. Provokasi Hati Mati
05. Hellbangers (Tribute to KL Hellbangers)
06. Mati Hidup Semula
Demo CD yang dikatakan versi pasaran tempatan sahaja ini dikeluarkan
terhad kepada 100 unit dan beredar pada harga RM10 (edaran tangan) /
RM15 (pesanan pos). Pelekat (sticker) percuma juga akan diberi. Turut
ditawarkan harga pukal (wholesale) yang istimewa kepada mana-mana ejen
distribusi yang berminat untuk turut sama mengedarkan "War Brutality"
ini. Sebarang pesanan, pembelian dan pertanyaan sila hubungi vokalis TARANTULAH: Man Rabaxx
Sumber: http://ekstrim-info.blogspot.my/2014/03/tarantulah-demo2014.html
4.TARANTULAH - PERKEMBANGAN OGOS 2014
Tarikh :06.09.2014
Tarantulah dalam proses menyiapkan demo ke-3 kami "Human's Suffer" dalam
masa terdekat. Proses rakaman dan mixing masih dijalankan secara D.I.Y
(home studio) kerana kesulitan lineup kami bertiga untuk berjumpa
lantaran masa bekerja yang berbeza (shift kerja / hari bekerja yang
berbeza) selain faktor tempat tinggal yang jauh antara satu sama lain
dan kesulitan untuk mendapatkan cuti dalam tempoh yang lama. Namun atas
komitmen dalam sebuah band kami tetap teruskan.
Kenapa masih berada dalam pagar kawat berduri "Demo"? Tarantulah masih
menganggap ini bukanlah rakaman profesional (menggunakan studio penuh)
namun kami akan memastikan peningkatan mutu (kualiti sound terutamanya)
daripada dua demo terdahulu "Kedamaian Jalan Hitam" dan "War Brutality".
Rakaman kali ini juga akan memuatkan 6 buah lagu seperti dua demo
terdahulu namun hanya 4 buah lagu baru akan direkodkan bersama 1 lagi
lagu yang direkodkan semula dan 1 lagu cover. Secara ringkas lagu-lagu
yang terlibat:
1. Human's Suffer
2. Benefit Contradiction
3. Stop The Abuse
4. Penindasan Golongan Bawahan
5. Lagu rakaman semula - akan ditentukan kemudian
6. Lagu cover - akan ditentukan kemudian
Dalam perancangan release ini akan dikeluarkan dalam bentuk kaset dan
CD. Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga yang dirancangkan berjalan
lancar.
Sumber: http://ekstrim-info.blogspot.my/2014/09/tarantulah-ogos2014.html
5. TARANTULAH - "WAR BRUTALITY" FORMAT KASET
Tarikh : 28.09.2014
Semangat underground kental yang seakan menjadi tunjang prinsip
perjuangan muzikal TARANTULAH diteruskan melalui pengeluaran Demo 2014
mereka "War Brutality" kali ini dalam format kaset pula.
"War Brutality demo akan diriliskan dalam bentuk kaset oleh DIY DISTRO
AND RECORDS tidak lama lagi. Ini adalah rilis versi keempat selepas
rilisan dari SISA TOXSICK PRODUCTION, EVILPUNK RECORDS (Belarus) dan
DENTE PÔDI RECORDS (Brazil) dalam bentuk CD-R. Nantikan kemunculannya!",
maklum Man Rabaxx, vokalis TARANTULAH.
DIY DISTRO AND RECORDS adalah label yang bertanggungjawab mengeluarkan
"War Brutality" dalam format kaset. Di bawah kod rilisan DIY 05, kaset
ini dikeluarkan sekitar September 2014 didatangkan bersama pelekat
(sticker) percuma! Hubungi pihak-pihak berkaitan untuk mendapatkan
rilisan ini.
Sumber: http://ekstrim-info.blogspot.my/2014/09/tarantulah-demo2014-tape.html
6. TARANTULAH / PENGUASA ANJING / PKSGRIND - 3..2..1..DESTROY!!
Tarikh:
TARANTULAH (Moderate Metal Punk KL) dan PENGUASA ANJING (Grind/Punk
Sabah) bergabung bersama PERANGKAI KEMBANG SEROJA atau PKSGRIND
(Crustgrind dari Jakarta, Indonesia) dalam satu rilisan 3-way split
berjudul "3..2..1..Destroy!!" keluaran HEADHUNTER RECORDS. Split CDR ini
mula beredar pada 5 Ogos 2014, berharga cuma RM3 (tidak termasuk kos
penghantaran). Hubungi Benny Pangazou (pemilik label) untuk pesanan!
TARANTULAH
01. War Brutality
02. Apa Erti Kita Kawan
03. Demokrasi Itu Dusta
04. Provokasi Hati Mati
05. Hellbanger
06. Mati Hidup Semula
PENGUASA ANJING
07. Woof Woof (intro)
08. Pedang Bermata Dua/Part 2
09. Kami Bukan Jakun
10. Musnah
11. Stop Abuse Me
12. Duit Itu Tuhan Palsu
13. Penguasa Anjing
PKSGRIND
14. Sampah Berguna
15. Hijau (Puppen cover)
16. Police Brutality (Bekas cover)
17. Kontol Hidup Mu
18. Matilah Kau
19. Kerjakan Sendiri
Sumber: http://ekstrim-info.blogspot.my/2014/08/321destroy.html